Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Baginda Sultan disembahkan Junjung Kasih II

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – AKBS Asrama Kerajaan Brunei di Singapura dengan kerjasama Pusat Sejarah Brunei telah menyembahkan Buku Junjung Kasih II kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk bagi Daerah Brunei dan Muara di Padang Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara pagi tadi.

    Pengetua Pusat Sejarah, Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong dalam temu bual bersama wartawan, menjelaskan buku kedua itu dihasilkan oleh bekas penuntut-penuntut Brunei yang belajar di Singapura dari tahun 1950 hingga 1982.

    Ia merupakan nukilan pe-ngalaman mereka yang ditambah dengan ilmu dan pengetahuan mereka dalam urusan pentadbiran selepas tamat pengajian di Singapura.

    Selain itu, buku tersebut juga mengumpulkan maklumat-maklumat sejarah khususnya dalam pendidikan, selaras dengan peranan dan fungsi Pusat Sejarah untuk mengumpul dan menyebarluaskan dasar-dasar kerajaan melibatkan dermasiswa yang telah diungkayahkan ataupun yang telah dimulakan bukan sahaja pada zaman Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien bahkan sehingga kini.

    Menurutnya, penghantaran pelajar dermasiswa ke Singapura, Malaysia, United Kingdom dan Mesir adalah sebagai keperluan bagi menyediakan tenaga-tenaga mahir untuk mengisi kekosongan jentera kerajaan pada tahun kita mencapai kemerdekaan.

    Dr Haji Muhammad Hadi semasa majlis ramah mesra bersama rakyat, hari ini. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Dr Haji Muhammad Hadi semasa ditemu bual. – Gambar oleh Yusrin Junaidi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...