Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Segera bertaubat tanpa tertangguh

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Taubat tidak hanya semata-mata dilihat sebagai perbuatan memohon keampunan, menyesali perbuatan dosa dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.

    Taubat mengandungi banyak faedah yang sukar dicapai oleh akal manusia antaranya dengan taubat, dosa terhapus, bala bencana dan musibah terangkat serta azab tertolak.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pa-duka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menekankan perkara tersebut dalam titah Baginda semasa berkenan merasmikan Majlis Ilmu 2023 dan pelancaran buku bertajuk Majlis Ilmu : Mercu Tanda Intelektualisme Raja Kita – Suluh Negara yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah semasa merasmikan Majlis Ilmu 2023 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Dalam titah Baginda mengingatkan adalah menjadi kewajipan bagi sesiapa melakukan kesalahan dan dosa untuk segera bertaubat kepada Allah SWT tanpa bertangguh kerana peluang yang ada hari ini, belum tentu ada pada hari esok.

    “Dengan bertaubat juga pintu rezeki terbuka dengan luas, rahmat dan nikmat turun secara berterusan dan punca kejayaan dunia dan akhirat, dan dengan taubat juga, ia berupaya memberikan ketenangan dan kesihatan mental serta menjauhkan dari perasaan dukacita, dan semua ini adalah janji Allah SWT sebagaimana termaktub di dalam Al-Quran,” titah Baginda.

    Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, Baginda bersyukur kerana kita terus menerus istiqamah dengan cara kita sendiri menghadapi apa jua cabaran dan musibah iaitu dengan amalan SOP agama.

    “Inilah amalan dan tradisi kita orang-orang Brunei yang diwarisi sejak dahulu lagi, iaitu memperbanyakkan membaca Al-Quran seperti membaca Surah Yasin, berzikir, berselawat dan berdoa,” titah Baginda.

    Selain melaksanakan sembahyang Sunat Hajat dan membaca Doa Qunut Nazillah, membaca Ratib Al-Attas dan mengadakan malam munajat secara berterusan sehingga sekarang.

    Titah Baginda lagi, semua ini ber-unsur taubat kerana munajat itu sen-diri adalah wasilah dan jalan menuju taubat.

    Baginda seterusnya bertitah menyeru untuk terus menerus mendekatkan diri kepada Allah SWT bagi meraih berkat dan rahmatNya.

    Dalam titah Baginda turut bersyukur kehadrat Allah SWT kerana pada tahun ini Majlis Ilmu dapat dilaksanakan sepenuhnya sebagaimana sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia, dan melihat Majlis Ilmu masih sahaja tetap relevan untuk diungkayahkan kerana ia telah banyak menyumbang dan me-ngongsikan pelbagai ilmu dan maklumat yang sangat bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat di negara ini.

    Baginda turut menyentuh mengenai tema Majlis Ilmu tahun ini, Munajat Senegara dengan Taubat yang mana tema ini sangat signifikan untuk terus dibincangkan berdasarkan ilmu itu amat luas tidak ada sempadan.

    Selain memperkatakan tentang munajat dan taubat, yang mana munajat bererti berdoa dan berzikir manakala taubat pula ialah memohon ampun kepada Allah dan menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan dan berazam untuk tidak melakukannya lagi.

    “Sebagai manusia biasa, kita tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan dosa sehingga perlu untuk sentiasa bertaubat,” titah Baginda.

    Antara yang hadir semasa Majlis Ilmu 2023 dan pelancaran Buku bertajuk ‘Majlis Ilmu: Mercu tanda Intelektualism Raja Kita – Suluh Negara’.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...