BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Perdana Menteri Republik India, Tuan Yang Terutama Shri Narendra Modi atas pelantikannya semula sebagai Perdana Menteri Republik India.
Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berharap TYT Shri Narendra Modi akan beroleh kejayaan dalam jawatannya itu dan berharap akan dapat terus bekerja bersama Tuan Yang Terutama untuk mengukuhkan perhubungan yang sekian lama terjalin dan juga kerjasama yang bernilai dalam forum-forum serantau dan antarabangsa, terutama sekali selaku rakan kongsi dalam ASEAN.
Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, Baginda menyampaikan salam muhibah kepada Tuan Yang Terutama.