Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baginda Sultan utus tahniah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena pertabalan Baginda selaku Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 hari ini, di Kuala Lumpur, Malaysia.

    Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena pertabalan Baginda itu.

    Baginda berharap semoga pertalian persaudaraan dan hubungan kerjasama yang erat lagi mesra yang sekian lama terjalin antara kedua-dua buah negara akan bertambah kukuh dan terus berkembang pada masa-masa yang akan datang demi kepentingan kedua-dua negara dan rakyat masing-masing.

    Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, Baginda Sultan berserta Baginda Raja Isteri berdoa ke hadrat Allah SWT semoga Yang Di-Pertuan Agong Malaysia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta ahli kerabat diraja akan sentiasa berada dalam keadaan sihat wal’afiat dan dilanjutkan usia serta sentiasa dalam perlindungan dan pemeliharaan Allah SWT jua.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda