BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin, dan kerajaan serta rakyat Persekutuan Rusia bersempena ulang tahun penubuhan hubungan diplomatik yang ke-30 di antara Negara Brunei Darussalam dengan Persekutuan Rusia.