Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baginda Sultan utus takziah kepada Indonesia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt –

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo berikutan nahas udara yang menimpa pesawat Lion Air JT 610, baru-baru ini.

    Baginda Sultan yang berasa sedih mendengar berita mengenai tragedi tersebut, ingin menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang mendalam bersama kerajaan dan rakyat negara ini kepada TYT serta kerajaan dan rakyat Indonesia terutama kepada keluarga mangsa yang terkorban.

    Pada mengakhiri titah ucapan takziah itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berdoa kehadrat Allah SWT agar Indonesia sentiasa dilindungi oleh-Nya dan berharap semoga keluarga mangsa akan terus tabah dan bersabar dalam menempuh dugaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda