Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bagnaia akhiri rentak Marquez

    AUSTIN, 3 OKT – Pelumba Itali yang menunggang Ducati, Francesco Bagnaia, meraih kedudukan ketiga berturut-turut MotoGP musim ini di Grand Prix Americas kelmarin.

    Bagnaia juga mengalahkan juara dunia enam kali, Marc Marquez yang menang tujuh kali berturut-turut di litar Texan.

    Pendahulu kejuaraan dunia, Fabio Quartararo, yang menunggang Yamaha, dan penunggang Honda, Marquez bersaing untuk kedudukan pertama dalam perlumbaan hari ini, yang ke-15 musim ini.

    Quartararo, 22 tahun, ingin menjadi juara dunia MotoGP Perancis pertama, yang menang lima perlumbaan pada tahun ini dan mempunyai 48 mata pendahuluan atas Bagnaia.

    Bagaimanapun, penunggang Itali itu telah merebut dua perlumbaan akhir.

    Penunggang dari Itali, Francesco Bagnaia meraikan kedudukan tiang dalam latihan kelayakan MotoGP di Amerika kelmarin. – AFP

    Litar perlumbaan di Amerika juga akan digunakan untuk perlumbaan formula satu dalam masa tiga minggu akan datang.

    Sewaktu latihan pada hari Jumaat, Quartararo kurang senang dengan keadaan litar, terutama sekali di selekoh 2, 3 dan 10.

    “Ia kelihatan seperti tempat latihan motocross,” kata Quartararo. “Ia sangat berbahaya untuk berlumba di jalan tersebut.”

    Marquez memenangi enam perlumbaan pertama di litar Austin tetapi terjatuh ketika mendahului pada tahun 2019.

    Acara tersebut dibatalkan pada musim lepas ketika dia masih dalam proses pemulihan selepas lengan kanannya patah dalam kemalangan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda