Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bagnaia juara MotoGP Itali tiga kali berturut-turut

    MUGELLO, 2 JUN – Francesco Bagnaia membuktikan keunggulannya di Mugello dengan kejayaan MotoGP Itali ketiga berturut-turut di tempat sendiri hari ini.

    Juara dunia dua kali itu diikuti melintasi garisan penamat oleh rakan sepasukan Ducati, Enea Bastianini, dengan penunggang petak pertama, Jorge Martin melengkapkan podium.

    Bagnaia menamatkan hujung minggu yang sempurna di hadapan peminat tifosinya selepas turut memenangi perlumbaan pecut kelmarin.

    Bintang dari Turin itu mengurangkan jurang pendahuluan Martin dalam kedudukan kejohanan dunia kepada 18 mata.

    “Luar biasa rasanya selepas hujung minggu seperti ini,” kata pelumba berusia 27 tahun itu.

    “Saya sayang semua peminat, ‘grazie’ Mugello!”

    Bagnaia pada awalnya mendapat tempat kedua pada pusingan kelayakan, tetapi bermula di barisan kedua di tempat kelima selepas dikenakan penalti grid kerana menghalang Alex Marquez dalam latihan pada Jumaat.

    Dia tidak membiarkan kesulitan itu menghalangnya daripada menikmati permulaan yang hebat ketika dia memotong melepasi Martin yang bermula di petak pertama.

    Pelumba pilihan tempatan itu dengan cepat menghasilkan jarak setengah saat yang selesa daripada Martin dengan jenteranya yang sentiasa boleh dipercayai. – AFP

    Aksi Bagnaia mengemudi motosikalnya sambil diikuti oleh Martin semasa perlumbaan di litar Mugello di Scarperia, Itali kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda