Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Bagnaia juara MotoGP Itali

    MUGELLO, ITALI, 30 MEI – Francesco Bagnaia kelmarin menjuarai MotoGP Itali buat kali pertama selepas mempamerkan aksi penuh yakin di laman sendiri, manakala Fabio Quartararo melebarkan kedudukannya di kedudukan teratas kejuaraan.

    Pelumba Ducati, Bagnaia, naik dari tempat kelima dalam grid permulaan untuk menamatkan lebih setengah saat di hadapan penyandang juara, Quartararo di Mugello.

    Pelumba Itali itu mengambil alih pendahuluan pada pertengahan perlumbaan dan kekal mempertahankan kedudukan sebelum meraikan dengan bendera Itali di hadapan penyokong tempatan yang bersorak gembira.

    Pendahuluan keseluruhan Quartararo ke atas Aleix Espargaro kini berbeza 16 mata selepas pelumba Sepanyol itu menduduki tempat ketiga di belakang lelaki Yamaha itu.

    Bagnaia mengekori Quartararo dengan 41 mata selepas kemenangan keduanya musim ini, menambah kemenangannya di Sepanyol pada awal bulan ini.

    Sementara itu, juara enam kali, Marc Marquez menamatkan saingan di tempat ke-10 dalam perlumbaan terakhirnya sebelum menjalani pembedahan pada lengan kanannya yang patah hampir dua tahun lalu.

    Fabio Di Giannantonio, yang mengejutkan pelumba lain dengan petak pertama MotoGP pertamanya, tidak dapat mengulangi kejayaannya pada Sabtu lalu, dengan hanya menduduki tempat ke-11 iaitu kira-kira 12 saat di belakang rakan senegaranya, Bagnaia.

    Bagnaia ketinggalan di belakang dalam beberapa tempat pada permulaan perlumbaan tetapi mula mengatur gerak pada pusingan kesembilan apabila berjaya melepasi Di Giannantonio, Quartararo dan Marini kemudian memintas Bezzecchi pada awal pusingan kesembilan.

    Dari situ dia selesa menghalang persaingan untuk bangkit daripada peristiwa dua minggu lalu di Le Mans yang tidak berjaya ditamatkannya dengan sempurna. – AFP

    Reaksi pelumba Itali, Francesco Bagnaia meraikan kejayaan di podium selepas memenangi Grand Prix Moto GP Itali kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...