Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Bagnaia Juara MotoGP Portugal

    PORTIMAO, PORTUGAL, 26 MAC – Juara dunia, Francesco Bagnaia berkata memenangi perlumbaan MotoGP pertama di Grand Prix Portugal yang mencabar semalam ‘agak menyeronokkan’, tetapi pemenang gelaran 2021, Fabio Quartararo mengkritik format baharu itu sebagai ‘berbahaya’ seperti jelajah ‘hutan.’

    Bagnaia menamatkan perlumbaan di hadapan pelumba Ducati yang lain, Jorge Martin, manakala juara kelayakan Honda, Marc Marquez, berada di tempat ketiga.

    Ini adalah perlumbaan yang pertama di dalam inovasi MotoGP yang akan menyaksikan para pelumba bertanding dalam perlumbaan 12 pusingan yang pantas dan sengit untuk separuh daripada mata yang diberikan untuk acara utama hari ini.

    Perlumbaan akan diadakan sebelum setiap perlumbaan dalam kalendar 21 acara pada tahun 2023.

    “Ia agak menyeronokkan,” kata Bagnaia, berusia 26 tahun.

    Pelumba Ducati Itali, Francesco Bagnaia meraikan kemenangannya di podium selepas perlumbaan MotoGP Portugal di Litar Antarabangsa Algarve di Portimao, kelmarin. – AFP

    “Ia lebih sengit kerana ia lebih pendek daripada perlumbaan biasa. Kami mempunyai tayar baharu, kurang pusingan jadi awda boleh memecut dan berlumba dengan lebih bersemangat,” ujarnya.

    “Saya gembira hari ini kerana ia menjadi sasaran saya untuk menamatkan perlumbaan di tempat tiga teratas, jadi ia adalah perasaan yang baik,” tambah Bagnaia.

    Bagaimanapun, pelumba Yamaha Quartararo, yang menjadi juara dunia MotoGP Perancis pertama pada 2021, meramalkan lebih banyak kemalangan pada musim akan datang.

    “Saya tidak menyukainya langsung, ia berbahaya tetapi jika kami tidak agresif, kami akan kehilangan kedudukan,” kata Quartararo.

    Perlumbaan pertama dalam sejarah MotoGP bermula dengan perlanggaran yang teruk antara pelumba Itali, Enea Bastianini dari Ducati dan Luca Marini dari pasukan satelit Ducati-VR46.

    Bastianini, 25 dan diberi nama julukan The Beast, mengalami patah tulang selangka dan tidak beraksi dalam perlumbaan pembuka musim hari ini dan perlumbaan Argentina pada hujung minggu depan. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Permintaan penyaman udara melonjak di Asia

    HONG KONG, 3 MEI - Gelombang haba melampau membelenggu sebahagian Asia, sekali gus membantu menjana permintaan yang meningkat terhadap pilihan penyejukan, termasuk penyaman udara. Unit...