Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bagnaia juara perlumbaan pecut

    BARCELONA, 17 NOV – Francesco Bagnaia mempamerkan aksi cemerlang memenangi perlumbaan pecut di MotoGP Barcelona, kelmarin, sekali gus memastikan persaingan gelaran dunia akan berlanjutan hingga perlumbaan terakhir musim ini.  
     
    Pendahulu kejuaraan,Jorge Martin menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang rakan sepasukan Bagnaia di Ducati-Lenovo, Enea Bastianini, dan akan membawa jurang mata pendahuluan Martin ke atas Bagnaia berkurangan kepada 19 mata sebelum kemuncak perlumbaan.
     
    “Tugas selesai untuk hari ini, tetapi esok kami perlu mengulangi apa yang telah kami lakukan,” kata Bagnaia kepada TNT.
     
    “Saya cuba kekal lancar di sektor pertama. Sebaik sahaja saya berada di depan, saya tahu kelajuan saya cukup baik untuk membuka jurang. Itu adalah objektif saya untuk hari ini. Saya tidak perlu terlalu memaksa untuk membuka jurang.
     
    “Jorge melakukan kerja yang hebat, jadi sangat bagus keadaan seperti ini. Tetapi biarlah kami lihat esok,” ujarnya.
     
    Bagnaia tiba di Barcelona dengan defisit 24 mata dan menyedari dia perlu memenangi kedua-dua perlumbaan pecut dan GP, untuk memiliki sebarang peluang menafikan Martin meraih gelaran dunia pertama.
     
    Pemandu Itali itu telah memenangi 10 daripada 19 GP musim ini, namun kekurangan konsistensi menyebabkannya ketinggalan.
     
    Namun, selepas memenangi perlumbaan di Malaysia dua minggu lalu, dia kembali menunjukkan prestasi luar biasa apabila menetapkan masa terbaik dalam sesi kelayakan untuk mernyambar petak utama bagi kedua-dua perlumbaan pecut dan GP di Barcelona. 
     
    Sebaliknya, Martin hanya berjaya melayakkan diri di tempat keempat, di barisan kedua grid. – AFP
     
    Bagnaia meraikan kemenangan dalam perlumbaan pecut MotoGP di Litar Catalunya, Montmelo, berhampiran Barcelona, Sepanyol, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda