Wednesday, June 7, 2023
34 C
Brunei

    -

    Bagnaia kekal cemerlang Ujian Pra-Musim MotoGP

    PARIS, 22 MAC – Sebelum musim MotoGP bermula di Portugal pada Ahad ini, juara dunia bertahan, Francesco Bagnaia dilihat masih memegang kedudukan hadapan.

    Enam kali juara Marc Marquez mungkin kembali pulih sepenuhnya, seperti yang diakui pasukannya, Honda, tetapi ujian pra-musim menunjukkan bahawa Bagnaia sekali lagi adalah pelumba motosikal terpantas dan bersedia untuk meneruskan penguasaan yang dicatatkannya pada akhir musim lalu.

    Bagnaia adalah pelumba terpantas dalam ujian pra-musim terakhir di Portimao pada bulan Mac di litar di mana musim bermula.

    “Saya sangat gembira,” kata Bagnaia selepas memecahkan rekod litar. “Kami bersedia 100 peratus untuk perlumbaan pertama.”

    Pelumba Itali itu gagal menamatkan lima perlumbaan musim lalu dan di pertengahan musim, selepas terbabas pada pusingan ketiga di Jerman, ketinggalan 91 mata di belakang juara 2021, Fabio Quartararo.

    Bagnaia meningkatkan persembahan bersama Ducati, memenangi empat perlumbaan seterusnya. Dia terbabas sekali lagi di Jepun, tetapi memenangi satu lagi perlumbaan dan tiga kali menaiki podium dalam enam perlumbaan terakhir. Quartararo dari Yamaha tidak mampu mengejarnya.

    Bekas rakan sepasukannya, Jack Miller, kini di KTM, melihat Bagnaia dalam ujian pra-musim, kagum dengan impak gelaran juara pertamanya.

    “Tahun ini dia kelihatan banyak berubah, lebih yakin diri, dan dia memandu dengan cukup mengagumkan,” kata pelumba Australia itu.- AFP

    Francesco Bagnaia, memberi isyarat semasa hari pertama ujian musim sejuk pramusim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang di Sepang – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -