Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bagnaia menangi MotoGP Austria

    AUSTRIA, 18 OGOS – Penunggang motosikal Ducati dari Itali, Francesco Bagnaia, memenangi MotoGP Austria kelmarin dan memintas Jorge Martin di bahagian atas kedudukan kejuaraan.

    Martin kelahiran Sepanyol dari Ducati-Pramac menduduki tempat kedua, manakala rakan senegaranya, Aleix Espargaro dari Aprilia juga telah menamatkan podium.

    Penyandang juara dua kali MotoGP, Bagnaia, memulakan perlumbaan di petak kedua dan melengkapkan 14 pusingan dalam masa 20 minit 59.768 saat, 4.673 saat lebih pantas daripada Martin.

    Penunggang motosikal kelahiran Turin itu kini menduduki tangga teratas kejuaraan, tetapi terikat seri 250 mata dengan Martin.

    “Luar biasa, tetapi perkara paling luar biasa yang kami lakukan ialah masa pusingan terbaik semasa perlumbaan, 1:28.7, dua persepuluh lebih rendah daripada masa petak pertama tahun lalu,” kata Bagnaia yang berusia 27 tahun mengenai kemenangan ketiganya musim ini.

    “Pertarungan sengit dan rentak kami luar biasa… saya sangat gembira.”

    Martin yang memulakan perlumbaan pada petak pertama dikenakan penalti pada awal pecutan selepas melalui jalan pintas.

    “Ia adalah perlumbaan yang sukar pastinya,” kata penungggang motosikal berusia 26 tahun dari Madrid itu.

    “Saya fikir ia akan menjadi persembahan yang lebih baik tanpa penalti pusingan panjang kerana saya mempunyai sesuatu yang tinggal untuk dicuba, sangat hampir dengan Pecco (Bagnaia). Dua pusingan pertama adalah menakjubkan, saya sangat menikmatinya.” – AFP

    Bagnaia semasa berlumba untuk memenangi perlumbaan MotoGP Austria di litar perlumbaan Red Bull Ring di Spielberg, Austria 17 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda