Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bahagian Biasiswa anjur kursus cara urus jenazah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos – Ke arah memastikan setiap pelajar seberang laut menghayati Konsep Melayu Islam Beraja (MIB), Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengungkayahkan kursus singkat cara-cara menyempurnakan jenazah, kelmarin, bagi para pelajar berkenaan yang pada masa ini sedang bercuti di tanah air.

    Kursus yang diadakan di Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong dengan tenaga pengajar terdiri daripada pegawai masjid dan imam masjid berkenaan adalah bertujuan untuk mengukuhkan akidah para pelajar di samping mengingati mereka bahawa tuntutan mempelajari cara menyempurnakan jenazah itu adalah fardu ain bagi setiap orang Islam.

    Antara para pelajar yang mengikuti kursus cara-cara menyempurnakan jenazah di Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda