Oleh Syahmi Hassan BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa Bahagian Perubatan Respiratori telah dipindahkan sementara ke Pusat Jantung iaitu berhadapan dengan Koperasi BKSS, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bermula kelmarin. Untuk sebarang perjumpaan di klinik berkenaan, pendaftaran hendaklah dibuat terlebih dahulu di Kaunter Pendaftaran, Bahagian Pesakit Luar Hospital RIPAS.

