Tuesday, October 22, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bahagian Standard Sukatan kini di bawah MOFE

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Bahagian Standard Sukatan di bawah Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan kini telah pun diserapkan ke Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE), Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE).

    Sehubungan dengan itu, kaunter pembayaran bagi perkhidmatan kolaborasi di bawah Unit Standard Sukatan juga telah berpindah ke Bangunan Pejabat Unit Standard Sukatan di alamat Blok B6, No 31, Simpang 32-66, Kampung Anggerek Desa, Bandar Seri Begawan, BB3713.

    Menurut kenyataan MOFE, semua operasi yang dikendalikan oleh bahagian tersebut di bawah Kementerian Kesihatan kini diambil alih oleh MOFE mulai 1 September dan kini dikenali sebagai Unit Standard Sukatan di bawah IBE, MOFE.

    Bahagian Standard Sukatan di bawah Jabatan Perkhidmatan Saintifik kini telah pun diserapkan ke Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan, MOFE. – GAMBAR FAIL MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda