Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Bahan api fosil punca krisis kos sara hidup di Eropah

    PARIS, 30 OGOS – Krisis kos sara hidup telah menyebabkan berjuta-juta rakyat dan penduduk ke arah kemiskinan di Eropah didorong oleh bahan api fosil, menurut seorang saintis sistem bumi terkemuka, yang telah memberi amaran bahawa risiko pemanasan global menyebabkan perubahan iklim di luar kawalan.

    Pengarah Institut Penyelidikan Kesan Iklim Potsdam dan pengarang bersama buku baharu Earth For All, Johan Rockstrom, berkata bahawa inflasi yang semakin meningkat adalah akibat daripada kegagalan kerajaan selama berdekad-dekad untuk mempelbagaikan ekonomi mereka.

    “Adalah sangat mengkhuatirkan apabila pemimpin politik kita di Eropah tidak dapat menyampaikan kepada orang ramai bahawa kos sara hidup yang tinggi sekarang ini adalah disebabkan oleh harga bahan api fosil yang lebih tinggi,” katanya kepada AFP pada pelancaran buku itu hari ini.

    “Oleh itu, inflasi ini didorong oleh bahan api fosil dan didorong oleh bekalan. Jika 20 tahun lalu awda melabur dalam panel solar atau mempunyai bahagian dalam ladang angin, awda tidak terjejas hari ini. Satu-satunya sebab mengapa dunia mengalami krisis ini sekarang ialah kerana kerajaan kekurangan 30 tahun pelaburan dalam membuat persediaan menghadapi fasa tidak stabil ini,” kata Rockstrom.

    “Kami telah menyatakan sejak tahun 1990 bahawa kerajaan perlu menghentikan ekonomi yang dipacu bahan api fosil secara berperingkat ke arah ekonomi yang pelbagai,” tambahnya.

    Harga tenaga Eropah melonjak kepada rekod terbaharu minggu lalu menjelang apa yang dijangkakan ramai penganalisis sebagai musim sejuk yang mencabar apabila pencerobohan Rusia ke atas Ukraine terus mengganggu bekalan minyak dan gas. Kontrak tahun hadapan untuk elektrik Jerman mencecah 995 euro megawatt sejam, manakala nilai setara Perancis melonjak melepasi 1,100 euro iaitu peningkatan lebih sepuluh kali ganda di kedua-dua negara berbanding tahun lepas.

    Di Britain, pengawal selia tenaga Ofgem berkata ia akan meningkatkan had harga elektrik dan gas hampir dua kali ganda dari 1 Oktober depan kepada purata £3,549 setahun.

    Rockstrom bersama-sama beberapa pengarang The Limits to Growth telah menghabiskan masa dua tahun memuktamadkan Earth For All iaitu satu bim-bingan untuk membantu manusia bertahan dalam perubahan iklim. Ditulis 50 tahun lalu, inovatif itu memberi amaran bahawa pembangunan ketamadunan manusia tidak dapat diteruskan tanpa had penggunaan sumber. Buku baharu itu menggariskan dua pendekatan pertumbuhan abad ini.

    Ketika ditanya sama ada kerajaan bersedia untuk mengambil inisiatif mengubah sistem yang diperlukan untuk mengelakkan krisis iklim, Rockstrom berkata, “dia agak ragu-ragu.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...