Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bahan bakar tidak mencukupi

    LAGOS, 27 Dis – Barisan panjang di stesen minyak di seluruh negara semalam, dengan berlaku para pemandu yang terpaksa menunggu sehingga 24 jam untuk mengisi tangki kenderaan mereka.

    Nigeria, sebagai sebuah negara pengeluar minyak nombor satu di Afrika telah mengalami kekurangan bahan bakar yang melumpuhkan negara itu.

    “Saya tidak dapat meneruskan perjalanan. Saya berhasrat untuk membuat perjalanan ke Osun (utara Lagos) untuk meluangkan masa bersama keluarga semasa Krismas, akan tetapi saya terpaksa menangguhkannya,” menurut seorang pemandu Tope Alake kepada AFP yang sedang menunggu di sebuah stesen minyak yang masih dibuka di Lagos, ibu negara ekonomi Nigeria.

    “Saya sepatutnya berada di rumah sekarang dan membawa anak-anak ke pantai. Saya sedang berbaris dan berasa kurang yakin sekiranya boleh mengisi minyak hari ini,” menurut seorang pemandu, Alex Ogunsola.

    Orang ramai berbaris untuk membeli minyak di sebuah stesen minyak di Lagos, Nigeria pada 21 Disember 2017. – AFP

    Kesesakan lalu lintas yang terbesar telah melanda Nigeria semasa Krismas ini, yang berharap untuk menikmati musim percutian dengan gembira pada tahun ini berbanding tahun lepas, apabila negara itu mengalami kemerosotan ekonomi.

    Memandangkan skala kekurangan itu, orang ramai telah mula menyalahkan antara satu sama lain.

    Para pengedar menyalahkan Syarikat Petroleum Nasional Nigeria (NNPC) yang gagal menyediakan sumber yang mencukupi untuk memenuhi permintaan negara keramaian penduduk 190 juta orang.

    Di bawah pimpinan kerajaan di Abuja, Ketua NNPC Maitanki Baru telah mengumumkan yang rancangan negara kelmarin untuk menghantar bahan bakar tambahan sebanyak 300 juta liter petrol untuk “menyokong permintaan sebanyak 45 juta liter sehari,” lebih tinggi berbanding permintaan biasa iaitu sebanyak 27 hingga 28 juta liter sehari disebabkan musim percutian. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda