Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bahan buangan dikitar semula jadi barang seni

    JOSEPH Awuah Darko kelihatan sedang duduk di sebuah bangku simpanan di salah sebuah tempat pembuangan sisa elektronik terbesar di dunia dan lelaki muda itu telah sekian lama menyaksikan barangan-barangan elektronik dibakar dan dihancurkan membuatkan tanah-tanah dikawasan itu menjadi sangat hitam.

    “Ini adalah salah satu cara saya untuk meneruskan hidup,” kata lelaki muda kelahiran Britain yang berusia 21 tahun itu kepada wartawan media. Joseph termenung jauh melihat bekas kawasan kebun anggur yang mana kini sudah menghitam, rosak dan layu. Joseph dan rakan-rakannya mempunyai perancangan dan cita-cita untuk menjadikan kawasan itu sebagai sebuah tapak yang mempunyai nilai apatah lagi ia terletak di ibu negara Ghana, Accra.

    Pada bulan Januari tahun ini, Joseph telah mengasaskan sebuah badan organisasi NGO Inbasi Agbogblo Shine untuk menggalakkan orang ramai khususnya para pekerja yang bekerja di tapak pembuangan itu untuk menjadikan barang-barang buangan itu menjadi salah satu benda yang bernilai dan bermutu tinggi.

    Apa yang pasti, para pekerja ini menghadapi risiko pendedahan kepada asap yang berbahaya disebabkan oleh proses pembakaran barangan elektronik yang sering dilakukan setiap hari di kawasan tersebut. Antara barangan elektronik yang dibuang adalah seperti telefon bimbit, komputer, televisyen dan plastic yang telah dibawa ke negara itu dari seluruh dunia.

    Selepas sahaja proses pembakaran, para pekerja di tapak tersebut cuba menyelamatkan dan menjual kembali tembaga-tembaga hitam serta beberapa logam yang lain dari sisa-sisa barangan elektronik yang sudah dibakar.

    Ghana dikatakan mempunyai industri kitar semula tidak normal khususnya di Afrika. – AFP
    Pada bulan Januari tahun ini, Joseph telah mengasaskan sebuah badan organisasi NGO Inbasi Agbogblo Shine untuk menggalakkan orang ramai khususnya para pekerja yang bekerja di tapak pembuangan itu untuk menjadikan barang-barang buangan itu menjadi salah satu benda yang bernilai dan bermutu tinggi. – AFP

    Pusat pembuangan barangan elektronik terletak di sebelah Sungai Odaw yang sememangnya sudah terkenal sebagai sungai yang tercemar namun kawasan berkenaan masih dihuni oleh 40,000 penduduk.

    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah berkata bahawa bahan-bahan yang di kitar semula memberikan pendapatan lebih daripada 64 juta di beberapa buah negara yang sudah membangun.

    Ghana telah dikatakan mempunyai industri kitar semula yang tidak normal khususnya di kawasan Afrika dan mengimport kira-kira 40,000 tan sisa buangan setiap tahun.

    ‘Kami menderita di sini’

    Ketika Joseph pertama kali melihat kawasan berkenaan, ia dipenuhi dengan timbunan papan litar, kabel dan plastic malah Joseph memutuskan untuk menggunakan bakat artistiknya untuk melakukan satu perubahan dan memberikan lagi tansisi kepada yang lebih baik.

    Justeru, Joseph menubuhkan projek Agbogblo. Shine bersama dengan rakannya, Cynthia Muhonja, seorang pelajar dari Universiti Ashesi, iaitu kira-kira satu jalan perjalanan dari Accra.

    Pakar seni itu telah menukar segala barangan elektronik dan menjadikannya satu ‘perabot’ dan menawarkan latihan untuk lelaki-lelaki muda yang bekerja di tempat pembuangan untuk membuat sesuatu yang bernilai untuk diri mereka dan juga pelanggan mereka.

    Joseph dan juga rakan-rakannya memanfaatkan tentang adaptasi dua dunia iaitu kehidupan yang istimewa di kawasan kampus yang subur di sebuah universiti swasta di kawasan berhutan dan juga realiti kehidupan yang keras bagi sesetengah penduduk miskin di Ghana.

    Mohamed Abdul Rahim, yang bertanggungjawab terhadap kira-kira 20 orang pekerja yang telah bekerja di tapak berkenaan sejak tahun 2008. Mohamed yang berusia 25 tahun dari Utara Ghana itu telah bekerja selama 12 jam sehari, enam hari seminggu malah rata-rata pekerja hanya akan dapat sekitar 20 cedi (AS$4.50) untuk sehari.

    Ada sesetengah pekerja mengetahui akan risiko kesihatan mereka jika bekerja di kawasan tapak pembuangan ini namun kebanyakan mereka tidak mempunyai pilihan lain selain menerimanya.

    Joseph bagaimanapun berasa yakin untuk membantu pekerja-pekerja ini. “Kami menderita di sini kerana sangat panas malah asap turut mengganggu kami. Jika diberikan peluang satu pekerjaan yang lebih baik, saya akan menerimanya dan menolak pekerjaan ini,” kata Mohamed lagi kepada wartawan media.

    Asap beracun telah menyerang paru-parunya, sementara pinggul dan pinggangnya sakit serta terasa seperti sedang mengangkat sesuatu yang berat.

    Duit gaji yang diperolehi oleh Mohamed akan digunakan untuk menampung dan membantu ibu, isteri dan tiga orang anaknya.

    Kebanyakan tanah yang diuruskan adalah berwarna hitam, berlumpur dan dilapisi dengan beg-beg plastik, kabel, botol dan kasut rosak bersama set televisyen serta monitor komputer yang sudah dihancurkan.

    Para pekerja akan menggunakan plastik dan polistirena sebagai bahan api untuk mencarikan komponan untuk mengeluarkan tembaga.

    Jam nenek

    Joseph mengakui bahawa kebanyakan pekerja di tapak berkenaan pada dasarnya sedang mengejar apa yang semua inginkan, iaitu untuk mendapatkan k-hidupan yang lebih baik.

    “Malangnya, kesan sampingan atau produk sampingan ini berupaya menjejaskan kesihatan mereka,” kata Joseph lagi. Dia berharap agar inisiatif seni ini bukan sahaja akan dapat memperbaiki kehidupan mereka tetapi juga muka bumi ini, kerana sisa dari tapak berkenaan mampu memberikan sumber kehidupan yang lain.

    Kerja-kerja kitar semula dimulakan dengan sebuah jam tangan daripada nenek seseorang, yang diperbuat daripada gandar kereta tergalvani, aluminium dan sebahagian daripada jam dinding yang telah dibuang.

    Dua hotel mewah di Accra kini sedang berusaha untuk membeli jam tangan yang luar biasa itu dan disebabkan itu, Joseph dan rakan-rakan berminat untuk merencanakan rancangan untuk mewujudkan lagi banyak jam tangan tersebut dan mengembangkan lagi banyak operasi.

    Joseph merasa yakin bahawa dengan adanya inisiatif ini akan dapat membawa kira-kira 100 pekerja di tapak berkenaan untuk meninggalkan kerja berbahaya itu dan mula membina seni dari bekas buangan alat elektronik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda