Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bahan lucah kanak-kanak: 20 ditahan di 12 negara

    PARIS, 8 JUN – Satu operasi antarabangsa membanteras bahan lucah kanak-kanak yang diketuai oleh polis Sepanyol telah membawa kepada penahanan 20 individu di 12 negara merentasi benua Amerika dan Eropah, menurut Interpol.
    Operasi tersebut dimulakan oleh pihak berkuasa Sepanyol pada penghujung tahun 2024 apabila pegawai menjalankan rondaan dalam talian dan mengesan kumpulan mesej segera yang dikhususkan untuk penyebaran imej eksploitasi seksual kanak-kanak, kata Interpol dalam kenyataan lewat Jumaat.

    “Sepanjang siasatan dijalankan, pihak berkuasa berjaya mengenal pasti sepenuhnya suspek terlibat dan memaklumkan kepada pihak berkuasa di negara masing-masing,” menurut kenyataan itu.

    Interpol menambah bahawa terdapat “sesi susulan antara pihak berkuasa bagi menyelaraskan usaha operasi bersama Argentina, Bolivia, Brazil, Costa Rica, El Salvador, Honduras dan Paraguay.”

    Penahanan dilakukan antara bulan Mac hingga Mei 2025.

    Pihak berkuasa Sepanyol menahan tujuh suspek, termasuk seorang petugas kesihatan dan seorang guru.

    Petugas kesihatan tersebut didakwa membayar kanak-kanak bawah umur dari Eropah Timur bagi mendapatkan imej eks-plisit, manakala guru berkenaan dituduh memiliki dan menyebarkan bahan pe-nyalahgunaan seksual kanak-kanak melalui pelbagai platform dalam talian. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda