Thursday, January 16, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bahang panas pertama dicatat di Antartika

    SYDNEY, 31 MAC – Benua yang paling sejuk di dunia didapati tidak kebal terhadap peningkatan suhu global selepas ahli sains buat pertama kali mencatatkan kejadian bahang panas di Antartika pada musim panas 2019-2020, lapor Xinhua.

    Penyelidik Program Antartika Australia pada Selasa menyatakan, mereka mencatatkan suhu sehingga 9.2 darjah Celsius di stesen Casey timur benua terbabit pada awal tahun ini.

    “Gelombang bahang panas diklasifikasikan sebagai bacaan paling maksimum dan paling minimum selama tiga hari, ahli biologi Universiti Wollongong, Dr Sharon Robinson.

    “Antara 23 dan 26 Januari, stesen itu merekodkan suhu paling rendah di bawah sifar Celsius dan suhu maksimum 9.2 darjah.

    “Menurut rekod Casey, suhu maksimum yang dicatatkan adalah 6.9 darjah Celsius lebih tinggi daripada paras suhu sejuk melampau untuk stesen itu manakala bacaan minimum pula adalah 0.2 darjah lebih tinggi,” kata Robinson.

    Ahli sains bimbang kesan positif atau negatif terhadap gelombang bahang panas itu terhadap ekologi Antartika.

    “Kebanyakan hidupan yang hidup di kawasan oasis kecil tidak berais di Antartika dan hidupan itu banyak bergantung kepada ais dan ais yang cair untuk bekalan air mereka,” kata ahli ekologi Bahagian Antartika Australia, Dr Dana Bergstrom. – Bernama

    Imej satelit menunjukkan ais mencair di Pulau Eagle, Antartika pada 13 Februari lalu dalam imej satelit yang dikeluarkan oleh Pusat Pemantauan Bumi NASA. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda