Friday, May 9, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bahang PRU 14 semakin terasa

    KUCHING, 26 Mac – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin Barisan Nasional (BN) Sarawak mampu menang besar dengan sasaran 28 kerusi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

    Dia berkata keyakinan itu bersandarkan sokongan padu pemimpin parti komponen BN negeri dengan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai Pengarah Operasi Pilihan Raya.

    “Kita amat yakin dapat merampas beberapa kerusi daripada pembangkang pada PRU akan datang,” katanya pada majlis pelancaran jentera Pemuda BN Sarawak di Kompleks Sukan Satok di sini hari ini.

    Pada masa ini BN Sarawak menyandang 25 daripada 31 kerusi parlimen negeri itu.

    Abang Johari Tun Openg (dua, kiri) yakin Barisan Nasional (BN) Sarawak mampu menang besar untuk BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang akan diadakan tidak lama lagi pada majlis pelancaran jentera pemuda BN Sarawak di Kompleks Sukan Satok, Sarawak, kelmarin. – Bernama

    “Pemuda BN bersedia untuk menempuh cabaran pada PRU akan datang bagi memastikan kita memperoleh kemenangan yang besar,” katanya.

    Pada masa sama, Abang Johari yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membangunkan Sarawak dan menjadi negeri paling maju menjelang 2030.

    Justeru katanya mereka tidak memerlukan ‘tunjuk ajar’ daripada pemimpin pembangkang akan bagaimana untuk meneraju negeri. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda