Friday, February 7, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bahasa, budaya masyarakat Cina perkaya kehidupan pelajar Vietnam

    HANOI – Mempelajari bahasa Cina, salah satu bahasa yang paling banyak digunakan di dunia, bukan hanya mencerahkan laluan kerjaya pelajar-pelajar Vietnam, malah ia juga dapat memperkayakan nilai kebudayaan dan kehidupan mereka.

    “Mempelajari Bahasa Cina sangat menyeronokkan kerana saya dapat memahami banyak lagu dan irama yang baik,” kata Ha Kieu My, pelajar tahun ketiga di Foreign Trade University yang berpangkalan di Hanoi, yang juga merupakan finalis di pertandingan nyanyian Cina kali ke-2 yang diadakan oleh Institut Confucius di Vietnam baru-baru ini.

    Pada pertandingan muzik, yang diadakan di bawah rangka Minggu Budaya Cina di Vietnam dan Confucius Institute Day 2017, kira-kira 11 finalis dari enam universiti di Hanoi telah mempersembahkan lagu-lagu Cina dari pelbagai genre, dari lagu-lagu klasik sehinggalah moden, sebelum beratus-ratus penonton merasa teruja menontonnya.

    Duduk di teater penuh sesak Universiti Hanoi, pelajar tahun keempat dari China, Bui Thanh Huyen, berkata dia telah menyukai muzik Cina ini sejak dia kanak-kanak lagi.

    “Sebutan bahasa yang lembut dan berirama dalam bahasa Cina membuatkan lagu-lagu berbunyi lebih merdu. Apabila anda mendengarnya, anda berasa seperti berada di dunia yang indah,” kata Huyen kepada Xinhua.

    Menurut Bui Thanh Huyen, dia menyukai muzik Cina sejak dia kanak-kanak lagi. Dia sangat terpukau dengan sebutan bahasanya yang sungguh lembut dan berirama dan ini membuatkan lagu-lagunya berbunyi lebih lembut.

    Menurut Huyen, pelajar Vietnam sepertinya berjaya mencari pelbagai jenis hobi yang berkaitan dengan bahasa linguistik mereka.

    “Berkat daripada pengajian bahasa kami, kami dapat menikmati filem-filem Cina, rancangan realiti, novel-novel Cina dan sebagainya. Kami begitu bernasib baik kerana kami juga boleh terhibur dengan apa yang kami pelajari, tidak seperti pelajar-pelajar bahasa asing lain yang mempunyai kesukaran untuk mengingati kata-katanya,” kata Huyen sambil tersenyum.

    Sebagai seorang pelajar senior, Huyen nampaknya tidak bimbang mengenai masa depannya kerana bidang utamanya dalam bahasa Cina telah menyediakannya dengan pelbagai jenis peluang. Kami mempunyai banyak pilihan selepas tamat pengajian. Kami boleh memohon pendidikan tinggi dengan program sarjana yang diajar dalam bahasa Cina, jelasnya.

    “Atau, jika kami berfikir secara lebih optimis, kami boleh melakukan atau mendapatkan pekerjaan, kerana kebanyakan syarikat multinasional mega adalah daripada China dan bahasa Cina telah digunakan secara meluas di seluruh dunia,” katanya dengan gembira, sambil memikirkan masa depannya yang begitu cerah.

    Bagaimanapun, gadis muda itu berkata bahawa dia berharap lebih banyak aktiviti yang berkaitan dengan China diadakan di tempat pengajiannya, Foreign Trade University.

    “Kami tidak mempunyai ramai pelajar dan pensyarah China di sekolah kami, dan pertandingan-pertandingan tidak diadakan di kampus kami. Saya rasa saya agak sedikit mencemburui terhadap universiti lain seperti Universiti Hanoi ini,” kata Huyen.

    Pelajar-pelajar muda di Vietnam menghargai menikmati nilai-nilai kebudayaan Cina dan ia telah mengukuhkan lagi tali persahabatan antara kedua-dua buah negara tersebut.
    Mempelajari bahasa dan budaya masyarakat Cina, dapat mencerahkan laluan kerjaya pelajar-pelajar di negara berkenaan.

    Bercakap pada majlis perasmian, Kaunselor Kebudayaan Kedutaan China di Vietnam, Peng Shituan, juga salah seorang hakim di pertandingan itu, berkata bahawa kebudayaan, khususnya muzik dan peraduan ini, adalah jambatan persahabatan yang menggalakkan pemahaman antara kedua-dua negara dan membawa mereka lebih dekat lagi. Dia berharap akan lebih banyak aktiviti seperti ini akan diadakan pada masa akan datang untuk meningkatkan pertukaran budaya.

    Nguyen Vinh Quang, naib pengerusi Persatuan Persahabatan Vietnam-China, tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila melihat pelajar-pelajar muda Vietnam menikmati nilai-nilai kebudayaan Cina ini, dengan mengatakan bahawa ia akan menjadi tali-persahabatan jangka panjang bagi kedua-dua buah negara.

    Quang sendiri juga melakukan persembahan repertoir seruling, yang merasa terkejut dan terpesona dengan keterujaan penonton-penonton yang hadir.

    Pada akhir pertandingan selama tiga jam itu, lagu ‘Hua xin’, yang didendangkan oleh pelajar Ha Vi Hoa dari Phuong Dong University, Hanoi, telah menjuarai pertandingan tersebut.

    Nguyen Thi Cuc Phuong, naib presiden Universiti Hanoi merasa gembira dan mengucapkan terima kasih kepada semua peserta atas semangat mereka untuk menyertai peraduan ini. Selain pertandingan nyanyian, Institut itu telah berjaya menganjurkan beberapa siri acara bagi para pelajar, pensyarah dan sarjana, yang mendapat sambutan yang sangat baik.

    Ini termasuk Chinese Character Dictation Competition, Pertandingan Trivia Budaya Cina ‘Sinophile’, dan membantu pelajar dalam ujian bahasa Cina mereka. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda