Bahasa minoriti Pakistan hampir pupus

PAKISTAN – Sekitar 100 kaum wanita telah berkumpul di salah sebuah pusat komuniti di Peshawar iaitu di tengah-tengah barat laut Pakistan dan kebanyakan mereka berbual dengan menggunakan dialek yang berbeza dan tidak boleh difahami oleh kumpulan etnik majoriti di Pakistan.

Suku minoriti itu ialah etnik Pashtun yang menguasai wilayah tersebut. Sidang perkumpulan itu dianjurkan bagi mempromosikan bahasa minoriti yang semakin terpinggir di Pakistan. Kebanyakan mereka bertukar-tukar anekdot dan idea dengan menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu secara literal dalam bahasa India.

Pakistan ketika ini dianggarkan mempunyai penduduk sekitar 200 juta dan hampir mempunyai 72 bahasa yang berlainan termasuk bahasa rasmi Urdu dan juga Bahasa Inggeris. Menurut satu kertas kerja parlimen yang diterbitkan pada tahun 2014 telah mengklasifikasikan sekitar 10 bahasa atau dialek hampir kepupusan. Menurut beberapa pakar, penurunan bahasa Hindko sebagai bahasa utama di bandar Peshawar bermula pada tahun 1947 apabila Hindu dan Sikh meninggalkan bandar tersebut setalah kemasukan British dan India.

Terkenal dengan beberapa aforisme ‘Ingin Tahu’ seperti ‘Kehni aan dhiye nu, nuen kan dhar’ (Saya sedang bercakap dengan anak perempuan saya, menantu saya juga turut mendengar) yang mana sebenarnya membawa maksud yang sangat mendalam walaupun tidak secara langsung. Bahasa ini mempunyai sekitar dua juta penutur di seluruh Pakistan berbanding Pashto sekitar 26 juta. Dialek ini telah menjadi bahasa minoriti di bandar raya Pakistan.

“Saban tahun, pergolakan sentiasa berlaku di rantau barat laut Pakistan dan Afghanistan telah menerima kesan buruk kehilangan beberapa dialek dan bahasa seperti dialek Pashto,” kata Salahuddin, Ketua Eksekutif Lembaga Hindko Gandhara yang telah menganjurkan majlis persidangan itu menjelaskan. Kira-kira tiga juta penutur terutamanya Pashto telah melarikan diri akibat peperangan yang tercetus di Afghanistan dalam tempoh 35 tahun yang lalu.

Kehilangan budaya

Antara dialek yang terancam di Pakistan yang mana kini telah dipertuturkan oleh beberapa beratus penduduk seperti dialek Domaaki terlalu terhad kepada beberapa buah kampung sahaja dan terletak jauh di utara Gilgit Baltistan.

Walaupun bahasa daerah yang dituturkan oleh berpuluh-puluh juta seperti Sindhi dan Punjabi namun bahasa ini tidak lagi sekuat seperti dahulu.

“Sekarang, tidak ada lagi keratan surat khabar ataupun majalah yang diterbitkan dalam bahasa Punjabi yang mana dianggarkan 60 juta etnik Punjabi menduduki negara itu,” kata Abbas Zaidi dalam bentuk esei, walaupun ia melibatkan bahasa penyair Sufi dan bahasa asli lidah sendiri, Perdana Menteri, Nawaz Sharif. Bahasa Inggeris telah dilihat sebagai satu bahasa elit di Pakistan semenjak negara itu telah ditubuhkan. Bahasa ini sering digunakan oleh para pegawai-pegawai tertinggi di Pakistan walaupun pada hakikatnya bahasa ini tidak termasuk dalam bahasa minoriti di Pakistan.

Manakala bahasa Urdu iaitu bahasa yang paling biasa dan turut dipertuturkan sebagai bahasa kedua oleh majoriti penduduk Pakistan malah bahasa ini telah diturunkan kepada pertengahan dan peringkat rendah serta dipertuturkan secara meluas. Lazimnya, bahasa-bahasa daerah berasal dari penutur yang tidak pernah masuk ke sekolah.

Pakistan ketika ini dianggarkan mempunyai penduduk sekitar 200 juta dan hampir mempunyai 72 bahasa yang berlainan termasuk bahasa rasmi Urdu dan juga Bahasa Inggeris. – AFP
Pakistan ketika ini dianggarkan mempunyai penduduk sekitar 200 juta dan hampir mempunyai 72 bahasa yang berlainan termasuk bahasa rasmi Urdu dan juga Bahasa Inggeris. – AFP
Suku minoriti itu ialah etnik Pashtun yang menguasai wilayah tersebut. Sidang perkumpulan itu dianjurkan bagi mempromosikan bahasa minoriti yang semakin terpinggir di Pakistan. – AFP
Suku minoriti itu ialah etnik Pashtun yang menguasai wilayah tersebut. Sidang perkumpulan itu dianjurkan bagi mempromosikan bahasa minoriti yang semakin terpinggir di Pakistan. – AFP
Rahman memuji beberapa usaha untuk memelihara beberapa bahasa di Pakistan sebagai usaha pihak kerajaan Britain dalam memelihara dan mengekalkan bahasa Welsh di rantau tersebut. – AFP
Rahman memuji beberapa usaha untuk memelihara beberapa bahasa di Pakistan sebagai usaha pihak kerajaan Britain dalam memelihara dan mengekalkan bahasa Welsh di rantau tersebut. – AFP

“Hasilnya kebanyakan kelas bawahan yang bebas daripada mendapat apa-apa dasar awam, meningkat dan semakin terhad malah melindungi diri daripada terus merendah diri,” kata salah seorang penyair terkenal Pakistan, Harris Khalique dalam satu kertas penyelidikan.

Mengambil satu pendirian

Beberapa aktivis bahasa telah mengambil pendirian yang mendalam untuk terus berusaha mengekalkan beberapa dialek dan bahasa. Rozi Khan Baraki, juara bahasa Urmari di Waziristan Selatan, mendakwa kira-kira 50,000 orang berupaya untuk menggunakan dialek tersebut terutama sekali di wilayah berkenaan.

“Pada awal abad ke-16, perkembangan bahasa di negara itu terus berkembang bermula dari Afghanistan dan merebak ke negara ini dan ketika itu, orang ramai mula berinteraksi dengan menggunakan dialek Pashto dan Parsi yang dibawa oleh para penghijrah dari wilayah-wilayah yang lain,” tambaah Rozi kepada wartawan AFP.

“Beberapa proses penghijrahan sedikit sebanyak mengancam perkembangan generasi yang akan datang dan dikhuatiri, generasi muda akan berhenti berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka,” kata Rozi lagi kepada wartawan. Rozi menyarankan kepada warga-warga emas untuk bercakap dialek Umari di rumah terutama kepada kaum wanita yang sudah berkahwin dan bertutur dengan menggunakan bahasa yang lain. Generasi kita yang akan datang pasti akan terancam tanpa ada tindakan kita, bahasa ini akan mati jika kita tidak bermula untuk memeliharanya,” tambah Rozi lagi.

Rahman memuji beberapa usaha untuk memelihara beberapa bahasa di Pakistan sebagai usaha pihak kerajaan Britain dalam memelihara dan mengekalkan bahasa Welsh di rantau tersebut. Kehilangan beberapa bahasa dan dialek boleh memberikan kesan yang buruk berpanjangan dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam terutama sekali dalam mengenal satu identiti masyarakat. – AFP