Ikan merupakan sumber makanan harian yang sangat digemari oleh masyarakat kita di negara ini. Lebih-lebih lagi dengan sejarah asal-usul kita orang Brunei, beberapa kurun lalu, antara penempatan terawal masyarakat Brunei adalah perkampungan di atas air atau lebih dikenali sebagai Kampong Ayer, yang mana antara sumber pencarian utama nenek moyang kita adalah menangkap ikan atau sebagai