Penulis terpanggil untuk memberi respons terhadap surat pembaca bertajuk Berhati-hati dengan tarik gaji di ruangan ini, baru-baru ini.
Ringkasnya, skim ini bermaksud kaedah menyimpan wang melalui penglibatan beberapa ahli yang membayar sejumlah wang tertentu bagi tempoh yang telah dipersetujui bersama.
Penulis tidak menafikan bahawa ini dapat menampung penerima yang berlainan tiap-tiap bulan, namun ini adalah satu bentuk atau cara berhutang yang tersembunyi.
Seseorang yang terpilih menerima giliran ‘tarik gaji’ akan berhutang kepada penerima seterusnya sehinggalah giliran itu selesai.
Kita bayangkan satu senario apabila salah seorang ahli mengalami kemalangan jiwa dan keluarganya pula hilang punca untuk meneruskan bayaran.
Apakah yang akan terjadi kepada ahli-ahli lain dalam skim ini?
Kadangkala kegiatan ini menimbulkan kebencian dan hasad dengki di kalangan ahlinya disebabkan terpaksa menanggung hutang yang sukar dibayar atau ditebus.
Diharapkan pihak yang berkenaan memikirkan keburukan atau kerugian apabila menyertai skim sebegini.
UGAN BRUNEI,
Sg Hanching










