DUBAI, 30 Okt – Menteri luar negeri Bahrain hari ini mencadangkan untuk menggantung keahlian Qatar dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sehingga ia memenuhi tuntutan negara-negara Arab yang berseteru dengannya dalam krisis paling teruk di rantau itu.
“Langkah betul untuk mengekalkan GCC adalah dengan membekukan keahlian Qatar sehingga ia menerima nasihat dan permintaan daripada negara-negara kami. Jika tidak, kami sedia untuk ia meninggalkan GCC,” kata Sheikh Khalid bin Ahmed al-Khalifa dalam Twitter.
Bahrain, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir pada 5 Jun memutuskan hubungan dengan Qatar berhubung pertuduhan menyokong pelampau dan rapat dengan pesaing Iran, satu dakwaan Doha telah nafikan.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)