BERLIN, 23 JULAI – Syarikat milik China, BAIC menambah lima peratus sahamnya dalam Daimler, dengan pemegang saham tertingginya tahun lalu merupakan pesaing China, Geely, pembuat kereta mewah Jerman itu menjelaskan hari ini.
Daimler yang mengeluarkan model mewah Mercedes-Benz sudah lama bekerjasama dengan BAIC di China dan sebelumnya mengatakan BAIC boleh membeli sahamnya.
“Kami gembira rakan kongsi lama kami, BAIC kini adalah pelabur jangka panjang dalam Daimler,” kata ketua eksekutif Ola Kallenius dalam satu kenyataan. “Langkah ini menguatkan semula perkongsian berjaya kami dan ia satu petanda keyakinan dalam strategi dan potensi masa depan syarikat kami,” tambahnya.
Dua syarikat tersebut merupakan rakan kongsi dalam pengeluaran kenderaan Daimler di China dan Daimler pula mempunyai hampir 10 peratus saham dalam BAIC Motor, sebuah subsidiari BAIC yang disenaraikan di bursa saham. – AFP
