Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    BAIC lancar model SUV baharu

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Dengan rekaan minimalis dan elemen futuristik, model SUV baharu, BAIC X55II telah dilancarkan oleh BAIC Brunei di bawah TCY Motors Sdn Bhd hari ini.

    Majlis pelancaran berlangsung petang tadi di Bilik Pameran BAIC di Tapak Perindustrian Lambak Kanan yang disempurnakan bersama oleh Pengurus Operasi TCY Motors, Lim Hong Thai; Timbalan Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awam TAIB, Awang Muhd Azizulilah bin Haji Uthman; Pengurus Pemasaran Baiduri Finance, Haji Muhd Ali bin Begawan Mudim Haji Metussin; Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awam BIBD At-Tamwil, Awang Asharul bin Norshari Kamaluddin; Pengurus Unit Pembiayaan Pengguna TAIB, Dayang Saadah Haji Mohd Zanai; dan Pegawai Eksekutif Jualan TAIB, Awang Shahrin Haji Md Yassin.

    Meskipun masih baharu bagi pelanggan di negara ini, BAIC bagaimanapun telah pun berada di negara ini sejak hujung 2021. BAIC X55II dikuasakan enjin Turbo 1.5 liter, dengan kuasa tork 305Nm dan mampu menghamburkan kelajuan dengan enjin 185 kuasa kuda serta transmisi klac 7 kelajuan automatik. Ia didatangkan dengan variasi warna merah, kelabu, platinum, kelabu perak, putih dan kuning dengan hud depan dan pintu belakang bertulis Beijing.

    Model tersebut mempunyai ciri Diamond Stars yang menarik, memudahkan aliran cahaya dan bayang melalui rekaan Interstellar yang mengurangkan hingar angin dan rintangan untuk penjimatan bahan api.

    Spesifikasi dalaman X55II pula menyerlahkan pengalaman kapsul angkasa yang mengasyikkan, diinspirasikan oleh konsol minimalis kapal angkasa Space Dragon. Ruang tempat duduk juga lebih sporty dan selesa, memberikan kelegaan kepada kaki dengan ruang yang lebih lebar di tempat duduk penumpang.

    Model BAIC ini didatangkan dengan skrin instrumen LCD 10.25 inci dan Skrin Kawalan Central 10.1 inci yang memberikan pengguna maklumat yang diperlukan di dalam kereta.

    Ambience Light dilengkapi hanya dalam spesifikasi mewah membolehkan pengguna menetapkan pelbagai pilihan warna untuk dipadankan dengan mood pemanduan mereka.

    Gambar ramai ketika majlis pelancaran SUV baharu, X55II di Bilik Pameran BAIC.

    Rekaan dalaman kenderaan tampak minimalis dan futuristik.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...