Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Baidu lancar Chatbot Ai Ernie

    HONG KONG, 23 FEB – Baidu Inc, salah sebuah firma carian dan kecerdasan buatan (AI) terbesar di China, berkata semalam ia merancang melaksanakan chatbot AI Ernie dalam perkhidmatan cariannya pada Mac.

    Baidu, yang terkenal dengan teknologi enjin carian dan pemanduan automatik, telah menerajui usaha China untuk membangunkan chatbot seakan-akan sama dengan ChatGPT oleh firma OpenAI.

    Ia berkata pada awal bulan ini ia akan menamatkan ujian Ernie Bot pada Mac sebelum memperkenalkan perkhidmatan tersebut kepada orang ramai.

    Dalam memo daripada syarikat, Ketua Pegawai Eksekutif Baidu, Robin Li berkata Ernie Bot akan disepadukan dalam semua operasi Baidu, termasuk perkhidmatan carian dan awannya.

    Baidu juga merancang menyepadukan Ernie dalam sistem operasi kereta pintar dan speaker pintar.

    Harga saham syarikat di New York meningkat hampir 7 peratus dalam perniagaan awal semalam kepada lebih AS$150 sesaham selepas pengumuman itu.

    “Teknologi AI telah mencecah tahap kemuncak dan semua industri akan melalui transformasi tersebut,” kata Li dalam memo itu. – AP

    Gambar fail menunjukkan Robin Li bercakap mengenai AI semasa acara Baidu Create yang diadakan di Beijing, China. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...