BEIJING, 31 OGOS – Syarikat gergasi teknologi, Baidu hari ini telah melancarkan aplikasi chatbot kecerdasan buatan (AI) awam pertama China, dengan diberi nama ERNIE yang dilatih untuk menapis topik yang sangat sensitif untuk Parti Komunis yang memerintah seperti tindakan penindasan Tiananmen.
Beijing mengeluarkan peraturan baharu bulan ini untuk pembangun AI China yang mengekalkan kawalan ketat kerajaan terhadap maklumat sambil membenarkan mereka bersaing dengan syarikat seperti Microsoft dan pembuat ChatGPT, OpenAI.
Baidu mengetuai beberapa syarikat dalam melancarkan chatbot AI hari ini: SenseTime membuka perkhidmatannya untuk pendaftaran dan dua firma lain iaitu Baichuan Intelligent Technology dan Zhipu AI berkata bot mereka dalam talian dan terbuka kepada orang ramai.
“Kami sangat teruja untuk berkongsi bahawa ERNIE Bot kini dibuka sepenuhnya kepada orang ramai mulai 31 Ogos,” kata Baidu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
“Selain ERNIE Bot, Baidu bersedia untuk melancarkan satu set apl asli AI baharu yang membolehkan pengguna mengalami sepenuhnya empat kebolehan teras AI generatif: pemahaman, penjanaan, penaakulan dan ingatan,” tambah kenyataan tersebut.
Chatbot itu pertama kali dikeluarkan pada bulan Mac namun ketersediaannya adalah terhad. – AFP