Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Bank Baiduri dengan kerjasama Ageless Beauty, baru-baru ini telah mengadakan majlis eksklusif untuk ahli Baiduri Smart Executive di The Perfect Harmony Florist.
Majlis berkenaan mempamerkan solusi kecantikan dan kesihatan inovatif dari Ageless Beauty serta memperkenalkan pelancaran Intradermik TECARtherapy, yang menawarkan percubaan percuma dan sesi cabutan bertuah dengan hadiah menarik.
Intradermik TECARtherapy, satu rawatan canggih, menggunakan TECARpro Professional Capacitive and Resistive Electric Transfer System yang dikenali sebagai diathermy dalam teknologi estetik untuk merangsang regenerasi dalam tisu, meningkatkan peredaran darah dan merangsang penghasilan kolagen.
Terapi lanjutan itu sangat berkesan untuk aplikasi wajah dan kesihatan, memberikan penambahbaikan yang nyata dalam keanjalan kulit, tekstur dan tona. Ia terkenal kerana mengurangkan kedutan, garis halus dan bengkak, serta meningkatkan pemulihan otot tanpa prosedur yang invasif.
Majlis turut dimeriahkan dengan, sesi cabutan bertuah menawarkan rawatan kecantikan dan kesihatan eksklusif, memastikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua yang hadir.