Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri anjur majlis silaturahim

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Bank Baiduri turut memeriahkan penghujung bulan Syawal ini dengan Majlis Baiduri Silaturahim yang diadakan di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Brunei, Jerudong, hari ini.

    Lebih 900 orang terdiri daripada pelanggan korporat bank, rakan kongsi perniagaan dan pihak berkepentingan menghadiri majlis itu.

    Acara diadakan sebagai penghargaan terima kasih pihak bank atas kesetiaan dan sokongan semua pelanggan serta mengukuhkan lagi hubungan dengan rangkaian pihak berkepentingan yang luas dalam industri.

    Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui dipetik merakamkan kegembiraan dengan kesempatan penganjuran majlis berkenaan bersama para tetamu pada tahun ini dengan adanya masa yang begitu sesuai di mana pihak syarikat meneruskan peluang yang baik membina hubungan kerjasama yang lebih erat dengan komuniti yang terlibat.

    “Terima kasih atas sokongan berterusan mereka dan kerja keras kakitangan dan kami dapat mencapai pelbagai kejayaan bersama,” kongsinya.

    Ti Eng Hui bergambar ramai pada majlis yang berlangsung di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Brunei, Jerudong. – Gambar serahan Bank Baiduri

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda