Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri b.Digital personal terima pengiktirafan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Bank Baiduri mencatat satu lagi peristiwa bersejarah apabila ia dianugerahi Aplikasi Perbankan Mudah Alih Terbaik untuk kali pertama dalam Anugerah Perbankan Digital World Finance 2020.

    Dalam satu kenyataan yang diterima, bank mengatakan bahawa anugerah adalah sebagai tanda pengiktirafan platform perbankan digital baharu, Baiduri b.Digital Personal, pada Mac tahun lalu.

    Ketua Perbankan Digital Bank Baiduri, Goh Wen Feng, semasa temu bual dengan World Finance, menekankan bahawa terdapatnya peningkatan lebih 40 peratus dalam jumlah pengguna aktif sejak pelancaran platform Baiduri b.Digital Personal.

    “Peningkatan boleh disumbangkan kepada kesenangan hasil daripada ciri-ciri pemuka pengguna yang dipertingkatkan serta pengenalan ciri-ciri baharu untuk memberikan pengalaman perbankan tanpa batasan,” tambahnya.

    Di antara ciri-ciri baharu, aplikasi Baiduri b.Digital Personal menggabungkan token keselamatan digital yang unik justeru tidak memerlukan token penggunaan PIN fizikal menjadikan Bank Baiduri sebagai bank pertama di Brunei yang memperkenalkan ciri-ciri ini. Aplikasi itu juga menggabungkan log masuk biometrik opsyenal, keupayaan mendaftar dan menambah benefisiari secara langsung menerusi aplikasi serta ciri-ciri nilai tambah seperti kalkulator kewangan (Loan Calculator, Retirement Calculator dan Risk Profiling Tool) untuk mempertingkat lagi pengalaman pelanggan.

    “Sementara aplikasi membenarkan pengalaman perbankan lebih mudah, kami sentiasa akan mengutamakan data dan perlindungan pengguna,” tambahnya.

    Pada tahun lalu, Bank Baiduri menerima sijil perakuan PCI-DSS Version 3.2.1, piawaian antarabangsa terbaharu dalam perlindungan data pemegang kad. Menurut Ketua Kumpulan Pemasaran Strategik dan Komunikasi, Ng Yick Wei, “Bank juga melancarkan kempen pemasaran intensif untuk memaparkan ciri-ciri baharu serta tutorial untuk pengguna supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan mudah dengan platform baharu.”

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui berkata, “Pengenalan Baiduri b.Digital Personal membentuk sebahagian daripada kempen transformasi digital bank dan permulaan perjalanan yang kami harapkan akan menambah lagi pengalaman pelanggan pada keseluruhannya. Kami percaya dalam peranan teknologi sebagai pemangkin, tetapi secara sendirinya, adalah tidak mencukupi. Mengekalkan sentuhan manusia masih penting kepada perkhidmatan kewangan peribadi. Apa yang ingin kami wujudkan adalah keseimbangan yang sesuai antara interaksi manusia dan pengalaman digital untuk membantu pelanggan mencapai keputusan kewangan yang diinginkan.”

    Kenyataan juga mengatakan sejak Baiduri b.Digital Personal dilancarkan, Bank Baiduri telah melihat peningkatan lebih 40 peratus dalam jumlah transaksi bulanan menggunakan platform tersebut berbanding 2019.

    Selain itu, Bank Baiduri pada awal tahun ini juga menerima dua anugerah antarabangsa lain, Kumpulan Perbankan Terbaik untuk 2021 dan Terbaik dalam Pentadbiran Korporat dan CSR oleh International Investor, penerbitan dalam talian di UK. Untuk maklumat lanjut mengenai Baiduri b.Digital Personal, orang ramai boleh melayari laman web bank berkenaan. Aplikasi itu juga boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda