BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Dalam usaha mempertingkat kesedaran pelaburan kepada pelanggan serta mencapai kejayaan kewangan dengan pelan pelaburan yang sesuai, Baiduri Capital telh melancarkan satu promosi yang menekankan faedah amanah saham dan insurans nyawa.
Menurut Pengurus Besar Baiduri Capital, Peng Eng Soon, “dengan pengetahuan yang betul dan mencukupi tentang pelaburan, kami ingin mendidik pelanggan kami mengenai pelbagai produk yang boleh dilabur demi mencapai kebebasan kewangan.” Beliau mengulas lanjut bahawa dengan kesedaran yang lebih mengenai pelaburan, beliau berharap lebih ramai pelabur berpotensi akan sedar bahawa pelaburan merupakan kaedah berdaya maju untuk membantu mereka memenuhi matlamat kewangan mereka.
“Kami mendapati semakin ramai pelanggan muda bertanyakan tentang produk pelaburan kami dan kami ingin melihat trend ini diteruskan. Produk pelaburan kami memenuhi pelbagai keperluan yang berlainan.”
Promosi itu dijalankan sehingga 15 Julai 2019 dibukakan kepada semua pelabur baharu dan sekarang. Pelanggan mempunyai pilihan untuk melabur dalam mana-mana Saham Amanah yang ditawarkan berdasarkan keperluan kewangan mereka dan juga risiko.
Bermula daripada pelaburan serendah $5,000, pelabur akan diberi ganjaran dengan baucar membeli-belah. Gajet elektronik daripada Apple dan telefon pintar Samsung terbaharu untuk pelaburan melebihi $50,000, tertakluk kepada terma dan syarat.
Promosi itu juga akan memberi ganjaran kepada pelabur yang mendaftar untuk AIA Optimizer, pelan yang dikaitkan dengan pelaburan fleksibel yang menawarkan perlindungan insurans komprehensif sementara memaksimumkan pulangan potensi, dengan baucar membeli-belah bernilai sehingga $200 untuk premium tahunan berjumlah $2,000. Untuk premium tahunan sebanyak $5,000, pelabur akan menerima iPad Apple baharu, tertakluk kepada terma dan syarat.
Pelabur yang berminat boleh menghubungi Perancang Kewangan Kanan berlesen di Baiduri Capital di talian 226 8823 atau 226 8826 waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat.