BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Bank Baiduri melalui Baiduri Capital telah menawarkan promosi menarik kepada para pelanggan yang melabur dalam Amanah Saham, bon atau polisi insurans berkaitan pelaburan untuk masa yang terhad ini serta turut menerima hadiah dalam bentuk koleh istimewa, diskaun caj jualan dan atau baucar membeli belah sehingga $1,500.
Dibukakan kepada semua pelabur-pelabur baru dan sedia ada, tawaran ini adalah peluang bagi para pelanggan untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka.
Para pelanggan mempunyai pilihan untuk melabur dalam mana-mana produk yang layak pada tawaran berdasarkan keperluan kewangan mereka dan selera mereka.
Amanah Saham yang ditawarkan pada masa ini termasuklah BlackRock Global Funds (Dana Pendapatan Pelbagai Aset, Dana Bon Tiger Asia; Dana China BlackRock; BlackRock Dana Peruntukkan BlackRock; dan Dana Pendapatan Ekuiti Global BlackRock), Franklin Templeton Investment Fund (Dana Pulangan Penuh Global Templeton); Dana Peluang AS Franklin; dan Dana Eropah Templeton) dan juga Phillip Capital Management Funds (Dana Pendapatan Philip dan Dana Pendapatan Hartanah Singapura Philip).