Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri, DSTIncomm tawar promosi Samsung

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Bank Baiduri sedang bekerjasama dengan DSTIncomm, pengedar yang diberi kuasa bagi telefon-telefon Samsung, untuk menawarkan pemegang-pemegang kad Baiduri penjimatan eksklusif apabila mereka membuat pembelian telefon Samsung terbaru, Samsung Galaxy Note 8.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, bermula dari 11 hingga 30 Oktober, pemegang-pemegang kad Baiduri yang membeli Samsung Galaxy Note 8 dengan menggunakan kad kredit atau debit Baiduri mereka di cawangan-cawangan DSTIncomm yang mengambil bahagian dalam tawaran itu boleh menikmati potongan $100.

    Selain daripada itu, mereka juga akan menerima penutup telefon Samsung Galaxy Note 8, pek bateri yang berkapasiti 9,500mAh dan speaker mini Samsung Level Box dengan pembelian mereka.

    Kenyataan menjelaskan bahawa tawaran itu boleh ditebus di cawangan-cawangan DSTIncomm yang mengambil bahagian iaitu Samsung Experience Store di Kompleks Abdul Razak, Gadong dan cawangan-cawangan DSTIncomm di The Mall, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei serta Seria.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda