Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri Finance rai tiga pemenang bertuah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Tiga pemenang bertuah dari tempoh pendaftaran Ogos hingga September telah menerima hadiah masing-masing pada majlis penyampaian hadiah dwibulanan kedua untuk kempen Drive Your Savings Further yang sedang berlangsung, bagi meraikan Akaun Simpanan Berbilang Kadar (MRSA) yang diperbaharui.
     
    Hadir pada majlis yang diadakan di Baiduri Finance cawangan Sumbangsih sekali gus menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Bahagian Jualan di Baiduri Finance, Haji Mohd Ali bin Haji Metussin, yang turut dihadiri oleh kakitangan dan pengurusan Baiduri Finance.
     
    Tiga pemenang bertuah berkenaan ialah Hajah Siti Ajar binti Haji Salleh, Dinesh Babu Deva Rajan dan Awang Abdul Hafiy bin Jaffri, masing-masing menerima hadiah wang tunai $1,000. 
     
    Dilancarkan pada Jun 2025, kempen Drive Your Savings Further memberi ganjaran kepada pelanggan yang baharu membuka MRSA dengan penyertaan automatik ke dalam satu siri cabutan bertuah. MRSA menawarkan kadar faedah berperingkat sehingga 1.38 peratus setahun dan pelanggan yang juga mengambil sewa beli berhak mendapat kadar istimewa.
     
    Selain hadiah wang tunai dwibulanan, pelanggan tetap layak untuk cabutan utama kempen pada Disember nanti, yang akan menampilkan tiga hadiah utama iaitu BYD Sealion 6, BYD Seal 5 dan hadiah wang tunai $10,000.
     
    “Pada asasnya, MRSA adalah tentang orang ramai, matlamat, impian dan masa depan mereka. Ia adalah tentang menjadikan menabung itu mudah, bermanfaat dan mampan. Melalui kempen ini, kami meraikan pelanggan kami yang memilih untuk menabung, bukan sahaja untuk diri mereka sendiri, tetapi untuk perkara yang seterusnya. Kerana apabila kami berinovasi dengan tujuan, kami bukan sahaja menambah baik perbankan bahkan kami juga menambah baik kehidupan,” kata Haji Mohd Ali.
     
    Kempen Drive Your Savings Further berlangsung sehingga Disember nanti dan terbuka secara eksklusif kepada pelanggan baharu yang belum memegang akaun simpanan, semasa atau deposit tetap dengan Baiduri Finance atau Bank Baiduri dalam tempoh enam bulan yang lalu. Akaun itu memerlukan deposit minimum sebanyak $5,000 dan baki minimum sebanyak $1,000 untuk dikekalkan.
     
    Untuk maklumat lanjut, orang boleh melayari www.baiduri.com, mengikuti saluran media sosial Baiduri Finance, atau menghubungi Talian Bantuan Pelanggan 24 jam di 244 9666.
     
    Para pemenang bergambar ramai semasa majlis itu. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda