BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mei – Bank Baiduri dengan kerjasama Gedung Perniagaan Hua Ho telah melancarkan Promosi Hari Raya Shopping Treats untuk memberi ganjaran kepada pemegang kad Baiduri.
Menerusi promosi ini, para pemegang kad berpeluang menyertai cabutan segera pasti menang apabila mereka membeli-belah menggunakan kad kredit atau debit di cawangan-cawangan Hua Ho yang ikut serta.
Bagi setiap perbelanjaan sebanyak $100 menggunakan kad debit atau kredit Baiduri di Hua Ho cawangan Kiulap, Delima, Gadong 2, Mulaut, Tutong atau Bebatik-Kilanas, pelanggan akan mendapat satu peluang cabutan bertuah segera di mana mereka berpeluang memenangi baucar membeli-belah bernilai sama ada $5, $10, $20, $50 atau $100.
Bagaimanapun, pelanggan juga perlu menunjukkan kad Hua Ho H2 untuk cabutan bertuah segera berkenaan. Promosi ini diadakan selama tiga minggu berturut-turut dengan hari tertentu.