Saturday, May 3, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri lancar kempen eksklusif kad Visa

    Oleh Sim Y.H. –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI – Bank Baiduri dengan kerjasama Visa dan Penerbangan Diraja Brunei (RB) mengumumkan kempen perbelanjaan eksklusif, Pack your bags for a memorable experience bagi pemegang kad Royal Brunei Visa.
     
    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, di sini, promosi yang berlangsung dari 1 Mei hingga 30 Jun itu meraikan ulang tahun ke-50 RB dan menawarkan ganjaran kepada pemegang kad baharu dan sedia ada dengan hadiah-hadiah menarik termasuk rekaan kad edisi terhad, pengalaman perjalanan eksklusif dan gajet menarik.
     
    Bagi 500 pemohon kad baharu, mereka akan menerima kad Visa Royal Brunei yang mengetengahkan rekaan edisi terhad yang dilancarkan bersempena dengan ulang tahun ke-50 RB.
     
    Rekaan eksklusif berkenaan disediakan bagi kad kredit Royal Brunei Visa Infinite, kad kredit Royal Brunei Visa Platinum dan kad debit Royal Brunei Visa Platinum.
     
    Pemohon-pemohon kad kredit Royal Brunei Visa dan kad kredit Royal Brunei Platinum yang berjaya akan menikmati pengecualian yuran tahunan empat tahun. Di samping itu, 100 pemohon awal kad kredit yang berjaya akan diberikan ganjaran 5,000 Royal Skies miles, manakala pemohon seterusnya akan menerima 3,000 Royal Skies miles.
     
    Gambar menunjukkan bangunan Bank Baiduri. – GAMBAR FAIL MUIZ MATDANI
    Pelanggan-pelanggan yang memindahkan baki kad kredit kepada kad kredit Royal Brunei Visa Infinite atau kad kredit Royal Brunei Visa Platinum juga akan memperoleh manfaat pengecualian yuran tahunan selama empat tahun, bersama-sama dengan 5,000 Royal Skies miles bagi 100 pemohon awal berjaya dan 3,000 Royal Skies miles bagi pemindahan seterusnya.
     
    Semasa tempoh kempen berkenaan, pemegang kad layak menyertai cabutan bertuah bulanan bagi perbelanjaan minimum $100 dalam satu transaksi di perniagaan tempatan atau dalam talian.
     
    Bagi perbelanjaan minimum $100 di luar negara, pemegang kad akan menerima dua kali ganda penyertaan.
     
    Seramai 100 pemenang bulanan keseluruhan akan dipilih sepanjang kempen dengan 50 pemenang diumumkan setiap bulan. Hadiah-hadiah bulanan yang disediakan termasuk kamera DJI Action 2 bagi 10 pemenang, Apple AirPods untuk 10 pemenang, 15,000 Royal Skies miles untuk 10 pemenang, baucar perjalanan Klook berjumlah $200 untuk 10 pemenang dan beg Torntoc Travel dan Apple AirTags untuk 10 pemenang.
     
    Di hujung kempen, seramai tiga orang pemegang kad bertuah akan memenangi hadiah utama iaitu hadiah pertama berupa Pengalaman Kehidupan Liat Sydney bagi dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak bernilai $13,000, hadiah kedua berupa Pengembaraan Bali selama lapan malam di dalam pelayaran Ovation of the Seas melalui Singapura untuk dua orang bernilai $8,000 dan hadiah ketiga berupa tiket penerbangan kelas bisnes ke Dubai untuk dua orang bernilai $3,000.
     
    Ketua Perbankan Runcit, Bank Baiduri, Lim Kian Chiang dipetik menyatakan menerusi kerjasama mereka dengan Visa dan RB, pihaknya terus menjana pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan ganjaran bagi pelanggan-pelanggan mereka.
     
    Kempen itu, tambahnya, bukan sahaja meraikan ulang tahun penting RB tetapi ia juga menyediakan faedah eksklusif yang menambah keistimewaan setiap perjalanan bagi pemegang kad mereka.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda