Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri lancar kempen galakkan budaya menyimpan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Sebagai salah satu usaha yang berterusan untuk memupuk budaya dan tabiat menyimpan dalam masyarakat negara ini, Bank Baiduri melancarkan kempen A Saving Habit That Rewards pada 1 April lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, dari 1 April hingga 30 September depan, kesemua pelanggan perbankan runcit baharu dan sedia ada Bank Baiduri serta Baiduri Finance berpeluang untuk menang dalam cabutan bulanan dan utama bagi setiap peningkatan $500 dalam jumlah purata baki harian dari bulan asas, Mac 2023.

    Untuk layak, pelanggan-pelanggan runcit harus mempunyai mana-mana akaun simpanan Bank Baiduri atau Baiduri Finance termasuk akaun simpanan tetap, semasa dan simpanan Bank Baiduri serta akaun simpanan multi-rate dan multi-tier Baiduri Finance dalam Dolar Brunei atau mata wang asing.

    Kenyataan menerangkan bahawa lima pelanggan akan dipilih untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah $1,000 setiap seorang bagi cabutan bertuah.

    Cabutan utama akan diadakan pada hujung tempoh promosi di mana tiga orang pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah $50,000, $20,000 dan $10,000.

    Ketua Perbankan Runcit Bank Baiduri, Lim Kian Chung berkata bahawa pihaknya terus berusaha untuk mencari kaedah bagi menyokong dan memperkasa pelanggan mereka dalam mencapai matlamat kewangan mereka.

    “Saya percaya satu elemen utama untuk berjaya dalam usaha ini adalah untuk memupuk tabiat menyimpan,” ujarnya.

    Melalui kempen itu, ulasnya lagi, mereka berharap untuk menggalakkan pelanggan supaya berusaha mencapai sesuatu yang lebih besar iaitu untuk menyimpan bagi kegunaan pada hari keperluan nanti atau ketika persaraan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda