Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri meriahkan TBC dengan rebat tunai

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang bakal menjelang, Bank Baiduri menawarkan rebat tunai kepada pemegang kad bank berkenaan yang menikmati hidangan di salah satu daripada tujuh restoran terpilih.

    Menurut Baiduri, pada 21 Januari (malam TBC) dan 5 Februari iaitu hari Chap Goh Mei, pemegang kad debit dan kredit Baiduri yang menikmati hidangan atau bawa pulang di salah sebuah restoran berkenaan akan mendapat rebat tunai 38 peratus atau sehingga $68 bagi setiap transaksi

    Restoran yang menjadi pilihan bank untuk TBC kali ini adalah Restoran All Seasons untuk cawangan Freshco Batu Satu, Pusat Beli-belah Onecity, Times Square, dan KB Sentral, Restoran Yam Cha cawangan Gadong, Restoran GK di Sungai Hanching, Hungry Bar & Bistro di Kiulap, Restoran Nyonya di Gadong, Restoran Vanda di Hotel Mulia dan Excapade Japanese Sushi cawangan Kiulap, Serusop dan Kuala Belait.

    Sepanjang tempoh promosi yang berlangsung dari 21 Januari hingga 5 Februari, bank berkenaan turut menawarkan pengecualian yuran tahunan selama empat tahun bagi pendaftaran untuk Kad Visa RB bank berkenaan.

    Manakala itu, untuk pendaftaran bagi mana-mana kad kredit atau debit Baiduri yang lain akan mendapat pengecualian yuran tahunan selama dua tahun.

    Bank berkenaan juga menawarkan tawaran membeli-belah perayaan dalam bentuk baucar beli-belah dan banyak lagi dalam cabutan bertuah di Gedung Beli-belah Hua Ho dan First Emporium (cawangan dan kedai dalam talian) apabila pemegang kad membeli-belah tahun baharu menggunakan kad mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda