Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Trofi cabaran asal Baiduri Masters, sebuah trofi yang unggul dari segi rupa dan rasa unik serta telah diperkenalkan pada tahun 2008, memiliki torso-sized dengan wooden base dan menampilkan plak yang mengandungi nama-nama juara terdahulu.
Sehingga hari ini, ia adalah salah satu daripada trofi yang paling diidamkan di negara ini, hadiah yang diburu oleh setiap pemain golf di Brunei.
Awang Mohd Aritz Maldini bin Haji Abdul Majid adalah orang terakhir yang menjulang trofi itu dan akan kekal sebagai juara terakhir yang memilikinya.
Bersempena memperingati Baiduri Masters edisi ke-25 tahun ini, trofi cabaran baharu telah diperkenalkan dengan rekaan daripada kaca yang dicairkan membentuk tiang pelbagai warna bagi menghasilkan sebuah trofi yang megah dan hebat bagi mana-mana penyandang juara kejohanan tersebut di mana penciptaannya melambangkan satu precision dan craft dalam sebuah kejohanan golf.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Pembangunan Perniagaan, Bank Baiduri. Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha, selaku Naib Presiden Baiduri Masters 2023, berkata, Baiduri Masters adalah inisiatif amal yang asalnya adalah bagi mengumpul dana untuk organisasi yang bekerjasama dengan orang kelainan upaya atau keperluan yang berbeza dan membantu mereka berintegrasi ke dalam masyarakat.

“Untuk meraikan 25 tahun memberi kembali kepada komuniti, kami mahukan trofi yang akan mencerminkan sejarah inklusif Baiduri Masters.
“Warna trofi yang berbeza mewakili semua elemen yang merangkumi maksud kejohanan itu, komuniti yang giat bekerjasama untuk meningkatkan kebajikan masyarakat mereka.” jelasnya.
Trofi cabaran baharu berserta hadiah jaket hijau akan mencari pemilik seterusnya, manakala single drive sahaja yang diperlukan untuk memenangi kereta BMW iX3, MINI Cooper 3 Door Brick Lane Edition atau wang tunai bernilai $20,000.
Pendaftaran untuk Baiduri Masters kini dibukakan kepada para pemain. Pemain yang berminat boleh mengesahkan penyertaan mereka pada kejohanan tahun ini dengan menghantar borang dan membuat pembayaran penuh di kaunter pendaftaran Kelab Golf Pantai Mentiri.

