Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri Santai Sahur rai semangat keusahawanan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Bagi memupuk semangat keusahawanan tempatan dan kebersamaan masyarakat, Bank Baiduri teruja mengumumkan pelancaran Baiduri Santai Sahur yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

    Acara ini akan diadakan di Aras Dua Tempat Letak Kereta Bertingkat dan Baiduri South Lawn di Ibu Pejabat Bank Baiduri.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh bank berkenaan, hari ini, telah mengongsikan Baiduri Santai Sahur akan menjadi rangkaian acara sahur mingguan dan diadakan setiap Sabtu sepanjang bulan Ramadan yang mulia dari pukul 9 malam hingga 1 pagi.

    Acara Baiduri Santai Sahur itu adalah peluang unik untuk menggabungkan dan meraikan semangat keusahawanan, nilai mampan, dan membolehkan model perniagaan digital, menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

    Dengan menawarkan vendor tempatan sebagai platform untuk mempamerkan dan menjual produk mereka, acara tersebut secara tidak langsung menyokong perniagaan kecil dan menggalakkan pertumbuhan komuniti.

    Gambar Freepik

    Ciri utama acara ini ialah tumpuan pada amalan mampan, dengan penekanan terhadap penggunaan plastik, di mana pengunjung digalakkan untuk membawa bekas boleh guna semula mereka sendiri.

    Di samping itu, stesen pengasingan sisa akan disediakan untuk memastikan pengurusan sisa yang bertanggungjawab.

    Komitmen ini adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk mempromosikan tanggungjawab alam sekitar dalam kalangan orang ramai dan komuniti perniagaan.

    Selain itu, acara juga akan mempromosikan transaksi tanpa tunai, menawarkan peserta yang membuat pembelian makanan dengan debit atau kad kredit Baiduri atau Qpay, peluang untuk memenangi baucar daripada vendor yang mengambil bahagian.

    Tahun ini, Baiduri Santai Sahur berbangga dapat bekerjasama dengan Saucysside Livecook and the Gang, meningkatkan tumpuan acara terhadap kemampanan dengan menggalakkan peserta membawa bekas sendiri dan beg boleh guna semula, sebagai balasan untuk diskaun daripada vendor.

    Usaha kitar semula mereka disokong oleh rakan kongsi Shaliz Waste Recycling Sdn Bhd, yang memfokuskan kepada kitar semula minyak masak terpakai dan eksportnya ke Malaysia untuk diproses selanjutnya menjadi produk berharga.

    Baiduri Santai Sahur seterusnya akan diadakan pada 23 Mac, diikuti hujung Mac, dan awal April depan, di tempat dan waktu yang sama.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda