Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri tawar pelbagai promosi hebat di CFTE31 hari ini

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Bank Baiduri akan mengambil bahagian dalam Pesta Pengguna dan Ekspo Perdagangan ke-31 (CFTE31) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, esok hingga 29 Jun.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, hari ini, dengan menumpukan kepada menjana pengalaman kewangan bermakna, reruai pameran Bank Baiduri akan menawarkan promosi produk eksklusif, aktiviti-aktiviti menarik serta konsultasi khusus yang direka untuk membantu pelanggan mengambil langkah penuh keyakinan dalam perjalanan kewangan mereka.

    Sepanjang acara selama lima hari itu, para pengunjung akan berpeluang untuk menikmati pelbagai manfaat dan ganjaran dengan barangan mesra alam Baiduri akan diberikan kepada mereka yang melengkapkan konsultasi kewangan atau mendaftar bagi produk-produk terpilih, sementara kuiz cepat dan seronok menawarkan para peserta peluang untuk memenangi 5,000 Royal Skies Miles.

    Para pengunjung yang meneroka produk-produk kewangan Bank Baiduri akan menemui tawaran-tawaran menarik termasuk pengecualian yuran tahunan sehingga empat tahun bagi kad kredit dan debit Baiduri serta potongan 50 peratus yuran pemprosesan bagi Pelan Ansuran Baiduri 0 peratus.

    Bagi mereka yang merancang untuk matlamat hidup utama seperti pemilikan rumah atau mercu tanda peribadi, kadar pembiayaan istimewa juga disediakan serendah 5.25 peratus EIR bagi pinjaman peribadi dan 3.70 peratus EIR bagi pinjaman pemilikan rumah dengan subsidi sehingga empat peratus atau dihadkan pada $18,000.

    Daripada sekarang sehingga 30 Oktober, pemohon pinjaman berjaya berpeluang untuk memenangi rebat sehingga $5,000 kepada kadar faedah dalam cabatun utama dan baucar pengembaraan bernilai sehingga $200 dalam cabutan bulanan.

    Pelanggan yang meneroka penyelesaian simpanan persaraan dan melengkapkan pemeriksaan kesihatan kewangan dengan perancang kewangan bank berkenaan akan menerima baucar percuma kopi bernilai $5.

    Sementara itu, 20 orang pelanggan pertama yang mendaftar bagi kelayakan pelan perlindungan dan simpanan juga akan menerima barangan eksklusif terhad Baiduri.

    Ketua Perbankan Runcit Bank Baiduri, Lim Kian Chiong, berkata mereka melihat CFTE bukan sekadar platform promosi untuk mengetengahkan produk mereka tetapi ia merupakan peluang untuk bertemu dengan pelanggan sambil menawarkan sokongan kewangan praktikal dan melengkapkan mereka dengan peralatan serta ilmu pengetahuan untuk membuat keputusan perkasa.

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda