Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri tawar promosi hebat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan – Bagi meraikan tahun baru 2018, pemegang kad Bank Baiduri kini berpeluang untuk memenangi wang tunai sehingga $10,000 apabila mereka berbelanja dengan menggunakan kad Bank Baiduri mereka sama ada kad kredit atau debit di dalam dan luar negara.

    Bank Baiduri akan menawarkan hadiah bulanan berupa wang tunai bernilai $1,000 setiap seorang bagi 25 pemenang dan hadiah utama sebanyak $5,000 untuk dua pemenang kedua (runner-up winners) dan hadiah utama sebanyak $10,000 untuk seorang.

    Untuk memenuhi syarat tawaran tersebut, pemegang kad Bank Baiduri hanya perlu menggunakan kad kredit atau debit Bank Baiduri mereka bagi setiap pembelian semasa tempoh promosi. Setiap $50 yang dibelanjakan bakal menerima satu peluang untuk melayakkan diri mereka dalam cabutan tawaran hebat tersebut. Promosi ini akan berakhir sehingga 28 Februari 2018.

    Sementara bagi mereka yang masih tidak mempunyai kad Bank Baiduri, mereka bolehlah membuat permohonan di cawangan Bank Baiduri dan mendapat peluang cabutan bertuah sebanyak lima kali untuk cabutan utama, dikecualikan pembayaran yuran lima tahun pada kad mereka dan kadar faedah sifar peratus ke atas pemindahan baki untuk enam bulan pertama.

    Bank Baiduri merupakan salah sebuah pembekal produk kewangan terbesar di Brunei dan memegang francais kepada empat jenama kad utama – Visa, MasterCard, American Express serta UnionPay.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda