BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Dis – Sempena kedatangan tahun baru ini, Bank Baiduri bekerjasama dengan cawangan terpilih Royal Brunei Catering (RBC) untuk menawarkan diskaun 40 peratus kepada pelanggan Baiduri apabila menggunakan mana-mana kad debit, kredit dan prabayar Baiduri semasa tempoh promosi.
Diskaun berkenaan boleh didapati di Restoran Horizon Seafood dan Restoran Seasons pada malam tahun baru (31 Disember 2017) sahaja. Tiada had minimum perbelanjaan diperlukan bagi promosi tersebut, menurut kenyataan yang dikeluarkan.