Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Baiduri tawar rangkaian simpanan, perlindungan pelanggan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Bank Baiduri telah melancarkan promosi baharu dinamakan Take Your Wealth to New Heights yang berjalan sepanjang bulan ini.

    Menurut kenyataan bank berkenaan, promosi menawarkan kadar faedah menarik pada Deposit Tetap 12 bulan apabila dipadankan dengan sama ada pelan insurans hayat atau pelaburan unit amanah yang ditawarkan melalui Baiduri Capital.

    Baiduri Capital menawarkan pelbagai unit amanah daripada syarikat pengurusan dana utama termasuk Allianz Global Investors, Blackrock, Franklin Templeton, Lion Global Investors, Manulife, Neuberger Berman, Phillip Capital dan UOB Asset Management, untuk memenuhi objektif kewangan yang berbeza.

    Pelanggan yang memilih pakej pelaburan unit amanah berkenaan juga akan menikmati potongan 1 peratus daripada caj jualan biasa.

    Di samping itu, terdapat rangkaian komprehensif bagi pelan simpanan dan perlindungan daripada AIA dan Great Eastern yang ditawarkan oleh Bank Baiduri yang juga layak untuk tawaran bundle berkenaan.

    Pelan berkenaan memenuhi keperluan dan objektif pelbagai pelanggannya daripada merancang untuk persaraan, pendidikan anak-anak mereka atau semata-mata bagi melindungi pendapatan mereka.

    Selain itu, pelanggan yang menyertai promosi berkenaan juga layak bagi kempen A Saving Habit that Rewards yang sedang berjalan di mana mereka berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga $50,000 dalam cabutan utama berdasarkan baki purata deposit bulanan tambahan mereka dengan bank tersebut.

    Ketua Perbankan Runcit Bank Baiduri, Lim Kian Chiong dipetik berkata, pihak bank begitu teruja melancarkan promosi berkenaan kerana ia memberikan pelanggan mereka peluang yang baik untuk mengembangkan kekayaan mereka melalui gabungan produk simpanan jangka pendek dengan produk pelaburan yang lebih lama seperti unit amanah atau pelan insurans, yang bersesuaian dalam kehidupan dan perjalanan kewangan masing-masing.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...