Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri umum pemenang hadiah utama promosi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Tiga pemenang hadiah utama promosi Shop the smart way, everyday anjuran Bank Baiduri telah menerima hadiah mereka dalam satu majlis yang berlangsung di Atrium Ibu Pejabat Bank Baiduri hari ini.

    Pemenang pertama, Dayang Nur Siti Hikmah binti Sulaiman, memenangi pakej penambahbaikan rumah bernilai $15,000 yang merangkumi peralatan elektrik, perabot dan hiasan rumah.

    Sementara pemenang kedua, Dayang Nadira Pang binti Muhammad Rais Pang @ Pang Suk Zhen, memenangi pakej bercuti di The Abode Resort & Spa, yang terdiri daripada Khemah Tepi Sungai Keluarga dengan pakej Explore Temburong bernilai $3,400.

    Pemenang ketiga, Dayang Hamizah binti Ahyana, memenangi set perkhemahan yang menampilkan projektor mudah alih bernilai $1,500 dan baucar gaya hidup bernilai $500.

    Promosi tersebut telah memberi peluang kepada pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya $20 dengan Kad Kredit, Kad Debit atau Baiduri Qpay di mana-mana peniaga Baiduri atau bukan Baiduri, termasuk transaksi luar negara dan dalam talian, untuk mendapat peluang cabutan bertuah.

    Sebelum ini, seramai 30 pemenang bulanan telah memenangi hadiah yang pelbagai daripada gajet menarik hingga baucar perjalanan dan barangan perkhemahan.

    Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Perbankan Runcit di Bank Baiduri, Lim Kian Chiong.

    Sejurus selepas majlis penyampaian tersebut, Lim dalam ucapannya berkata, Bank Baiduri sentiasa mencari cara untuk membantu pelanggan menikmati penjimatan, ganjaran dan kemudahan yang lebih besar dengan pelbagai saluran pembayaran yang sesuai dengan pilihan mereka.

    Untuk maklumat lanjut tentang promosi yang sedang berjalan, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank Baiduri atau melayari laman sesawang Baiduri.

    Lim Kian Chiong (kanan) bergambar ramai bersama para pemenang pada majlis tersebut di Atrium Ibu Pejabat Bank Baiduri. – GAMBAR SERAHAN BAIDURI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda