Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    Baiduri, YASKA pupuk kesedaran kanser kanak-kanak

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Bersempena dengan bulan kesedaran kanser kanak-kanak, Bank Baiduri dengan kerjasama Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA) telah mengadakan jerayawara Kesedaran YASKA dan Talasemia di Kompleks Membeli-belah Times Square, baru-baru ini.

    Jerayawara sebagai acara kemuncak bagi pengisian bulan kesedaran berkenaan itu telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Seramai 20 orang kakitangan Bank Baiduri di bawah program sukarelawan kakitangannya iaitu Baiduri Cares, telah menjayakan acara kemuncak berkenaan dengan meluangkan detik-detik terindah bersama kanak-kanak yang diraikan di mana pelbagai aktiviti menarik telah diketengahkan dengan berkonsepkan permainan mesra keluarga termasuklah aktiviti kecergasan dan kuiz.

    Program berkenaan membolehkan kakitangan bank menyumbangkan masa, pengetahuan dan kemahiran mereka ke arah aktiviti yang tertumpu pada tonggak tanggungjawab sosial korporat bank meliputi inisiatif sosial, ekonomi dan alam sekitar.

    Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui berkata, hubungan perkongsian dengan YASKA telah berkembang lebih kukuh selama ini, yang bertujuan untuk membantu dan menyokong aktiviti bersama mereka.

    Sebelum ini, jelasnya, YASKA telah menjadi penerima Baiduri Masters Charity Golf Tournament bersama-sama organisasi lain yang begitu dedikasi untuk membantu golongan kelainan upaya, seperti SMARTER Brunei dan Learning Ladders Society.

    Seorang kanak-kanak menyertai salah satu aktiviti yang diadakan dengan dibantu oleh sukarelawan Bank Baiduri di Pusat Membeli-belah Times Square, baru-baru ini. – Gambar serahan Bank Baiduri
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...